Saturday, November 7, 2009

NOVEMBER 2009


Hello, selamat berjumpa lagi semua!

Cik gu merasakan bahawa ini adalah saat2 yang paling genting.. Walau bagaimana pun tak apa, Cool.. semuanya dah sedia, cuma tunggu HARI ITU SAHAJA... SPM!!!!!!! KAU TIBA JUGA AKHIRNYA..

Untuk anak2 murid cik gu yang disayangi, Sila dapatkan MODULE TOPIK-TOPIK TerHANGAT dari guru SEjarah kelas masing-masing. Semuanya sudah Cik gu print. Walau bagaimana pun ingat.. baca SEMUA yang cikgu-cikgu dah ajar !!!

Cik gu tak dapat muat turun semua soalan latih tubi dan gerak gempur di sini, namun dapatkan soalan-soalan tersebut dari kelas masing-masing OK!

SEPERKARA LAGI.. SAMBUTAN ULANG TAHUN CONVENT BUKIT NANAS YANG KE 110 pada 8 NOVEMBER 2009. HAPPY BIRTHDAY CBN...

BERAMAI-RAMAILAH KITA WARGA CBN MERAIKANNYA DI SUNWAY SPA & RESORT.


"SIMPLE IN VIRTUE, STEADFAST IN DUTY"
motto kita..


Selamat Malam warga CBN. I LOVE U.


maryati rahmani



Thursday, October 15, 2009

SELAMAT HARI DEEPAVALI

Assalamualaikum...

HELLo..

Rupini.. selamat Hari Deepavali! Lakhsmi.. Selamat Hari Deepavali.. Sugay.. Selamat Hari Deepavali & semua murid-murid cik gu.. selamat Menyambut Hari Deepavali.

Kepada yang lain2 selamat bercuti hujung minggu yang panjang.



Rupa & jiwa

maryati rahmani
melawati

Thursday, October 8, 2009

7 OKTOBER - PMR D DAY

Salam & Hello,

Betapa cik gu rindu korang semua.....

7 Oktober maka bermulalah PMR & cik gu doakan semuga semua pelajar tersayang lulus dengan cemerlang.

"TIADA KATA SECANTIK BAHASA"! Cik gu mohon maaf kerna skarang x de masa langsung utk update ruangan ini.

MR MAHENDAN THULASY yang bagi talk kat cbn ari tu kata nota yang korang bebudak F5 nak masih dlm proses. Insyallah dlm minggu depan dapat la kot..

SEMOGA SEGALA USAHA DIBERKATI ALLAH swt



Rupa & Jiwa

maryatirahmani

8 oktober 2009

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Hello semua, Cik gu mengucapkan selamat hari raya untuk semua!!!

PY.. selamat hari raya. 4a, 4k, 5n & 5u selamat hari raya..

maaf sekiranya terdapat salah dan silap dari cik gu.. halalkan makan & minum & jika ada terlebih dan terkurang.

Sesungguhnya hari raya kali ini jauh berbeza dari tahun2 yang lalu kerana dia ibu ku yang tercinta telah pergi buat selamanya. Adikku Maryana juga telah pergi kerahmatullah selang 4 hari sebelum ibuku..
Betapa sepinya hati ini. Air mata ini tak pernah henti..


kasih ibu membawa ke syurga.. i love you mom!

al Fatihah...



maryatirahmani
1 syawal = 20 september
melawati

Tuesday, September 1, 2009

SEPTEMBER 1st

Hai- Hai korang.. ada 1 lagu tau zaman 1970an..

lagu zaman orang dulu2, sikit2 lirik dia;

Ku masih ingat perkenalan ku
di bulan september..
september...

HARI INI SEPTEMBER bermula percubaan SPM, STPM
Kemudian tu PMR,
Kemudian SPM & STPM
Kemudian
Peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 & Enam Rendah..

Saya mendoakan semuga korang semua dapat menempuh peperiksaan dengan senang dan beroleh kejayaan yang cemerlang.

Kemudian 16 September pula ialah hari penubuhan Malaysia, iaitu pada 16 September 1963 dimana Malaya (Tanah Melayu), Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk Persekutuan Malaysia. Wbp Singapura kemudiannya telah keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

"SELAMAT MAJU JAYA MALAYSIA: I LOVE YOU"



maryatirahmani

rupa & jiwa yang merdeka
SEPTEMBER 2009

Sunday, August 30, 2009

M.E.R.D.E.K.A.- M.E.R.D.E.K.A - M.E.R.D.E.K.A




MERDEKA - 31 OGOS 1957 - 31 OGOS 2009

Di sini lahirlah sebuah cinta
yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

andai ku terbuang tak diterima
andai aku disingkirkan
ke mana harus ku bawa kan
ke mana harus ku semaikan cinta ini

Bertapak....
Di bumi ini ku melangkah
ke utara selatan timur dan barat
ku jejaki

aku bukanlah se orang perwira
gagah menghunus senjata
namun hati rela berjuang
dengan cara sendiri
demi cinta ini

ku ingin kota seribu janji
sepanjang kedewasaan ini
ku ingin sampaikan pesanan
aku lah penyambung warisan..

"I LOVE YOU MALAYSIA"


maryatirahmani

31 OGos 2009
rupa & jiwa yang merdeka

Thursday, August 27, 2009

RAMADHAN AL MUBARAQ & MERDEKA

Selamat bertemu kembali wahai pelajar yang di kasihi..
Semenjak 2 menjak ini cik gu tersangat sibuk. Macam-macam hal yang perlu dibereskan.

Walau bagaimanapun cik gu nak mengucapkan selamat berpuasa kepada korang semua.

Pas tu nak nak cakap SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN..... MERDEKA !!!!

Syukur kat CBN kita dah selesai.. cik gu tengok korang begitu bersemangat dengan lagu merdeka hari itu.. Pn Goh belum bagi gambar kalau tidak boleh kita tengok sama2.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Sambutlah dengan jiwa yang MERDEKA!


maryati rahmani
27 ogos 2009
"aku tetap aku"